Wednesday, October 29, 2008

SIAPA BANGANG

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Pulak... "

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri. " Sumaat " "Sedang eloklah tu bang... " jawab isterinya..

SAYA MAHU KELUAR

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering. "Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi. "Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai port dickson.
Dara : Abang sayang tak kek den..??

Teruna : Dah tontulah sayang..apo hal eh pulak tanyo nih..?

Dara : Sajo, yo... abangggg. .eden ado satu toka toki nih..??

Teruna : Apo bondo eh ??

Dara : Kalau abang sayang kek eden..kono jawab dongan botul tau²... .

Teruna : Abang cubolah.. camano tuh..

Dara : Kalau abang botul² pandai..cubo sobutkan bezo eh antaro burung dan kapa torobang ?

Teruna : umangg aiiii... Sonang eh... .burung bondo idup,kapa torobang tidak, botul tak ?

Dara : Salah... cubo laei..

Teruna : Burung kocik dan kapa torobang bosa gilo... ... .

Dara : Salahhhhhhhhhh. . cubo laei..ni poluang terakhir tau

Teruna : Burung ringan... kapa torobang boghek gilo.... .

Dara : somuo eh salah... !! apo la punyo lombab..hahahahah.

Teruna : Apo nih..somuo eh salah..apo jawapan ehh..??

Dara : Dongar botul² yo..Kapa Torobang bilo naik..makin lamo makin kocikk... 'BURUNG' lak makin naik makin memBOSARRRRRRRRRRRR ... ..!!hwah..hwah.. hwah...tak gitu...

Den bukan org nogori... .tp..best gak... .hihihi

Sunday, October 19, 2008

MELAWAT KALI TERAKHIR

Assalamualaikom,
Tak sangka ak kadatangan ak ke penang ada lah untuk melawat kematian seorang saudara yang telah mengembuskan nafas yang terakhir pada 19-10-2008 jam 6 pagi akibat semput@lelah..Moga arwah dicucuri rahmat..amin.

Saturday, October 18, 2008

TRAGEDI DI HARI RAYA



Pada hari sabtu 11/10/2008 kami telah melawat seorang rakan kelas yg cedera akibat kemalangan di kilang tempat dia menjalankan latihan industri.Radhi namanya.Ia berlaku apabila Radhi dan 2 lagi rakan nya mengisi semula pemadam api bagi ferri.Salah seorang rakanya itu meninggal dunia pada tempat kejadian.
Radhi menceritakan kepada kami semasa mengisi semula tong pemadam api itu.Alat atau meter bacaan pengisian semula rosak dan menyebabkan pekerja itu menyangka pemadam api itu tidak diisi lagi.Lalu dia mengisi semula dan menyebabkan tekanan didalam pemadam api itu tinggi dan terus pecah.Rakan yang menginggal dunia itu sedang melekat kan pelekat pada pemadam api tersebut.Punca kematianya adalah kerana serpihan besi dari tong itu tercucuk di bahagian dada mangsa.Mangsa difahamkan masih gagah dan belari mendapatkan batuan sambil cuba mengeluarkan besi yg tercucuk didada beliau.akhirnya dia meninggal di tempat kejadian.


(Tangan Radhi ketika pembedahan awal)
Radhi yang terkena serpihan besi itu cedera teruk dibahagian tangan kanan nya.Sekarang Radhi dirawat di hospital pakar puteri Johor Bahru.

Al-Fatiha Kepada Arwah dan Doakan agar Radhi Cepat sembuh. Amin

ANAK JEPON

al kisah tersebuat la kisah tayibbb....op ak melaut lak...
nie kisah sepasang suami isteri yang sudah sepuloh tahun berkahwin
tapi tak dapat lagi cahaya mata...mereka berbincang untuk mengambil anak
angkat.tetapi bukan di malaysia.di jepun...mari kita ikut perbualan meraka
apabila bayi itu sudah sah menjadi anak angkat mereka di malaysia(umur bayi tu 2 bulan)

isteri: bang seronok kan kita dah dapat anak angkat

suami: ye la abg pon sama tp syg

isteri: tp ape bang??

suami: abg terpaksa panggil guru bahasa jepun datang tiap2 minggu

isteri: lorr kenape???

suami: ye la, anak kita nie kan dah 2 bulan dok jepon..abg takut dia x pandai cakap melayu tu abg cari guru leh ajaq bahasa jepon kat kita.xlah kita susah nanti nk paham bahasa jepon.......

RENUNG RENUNGKAN....SELAMAT BERAMAL...

  1. " Apa yang kau tanam haruslah sama apa yang kau dapat,kamu tidak dapat mengharapkan akan panen beras yang baikbila yang kau tanam benih-benih rumput. "
  2. " Sedikit lebih baik dari pada tidak sama sekali. "
  3. " Hidup tanpa cinta berarti merana, tapi merana tanpa cinta berarti khayalan. "
  4. " Jujur dalam perkataan harus pula sama jujur dalam hati dan perbuatan"
  5. " Janganlah cinta membuat kita lupa segalanya,namun bila patah hati, barulah kita ingat pada yang terlupakan. "
  6. " Jangan bercinta kalau tak ingin patah hati. "
  7. " Patah hati juga membuat kita rindu. "

Friday, October 17, 2008

TOKI-HAMPA
KU DITINGGAL SENJA MALAM MENGHAMPIRI
SENDIRI KU SEDANG MENANTI

SEGERA OH ANGIN SAMPAIKAN RINDUKU

TERLUPAKAH KAU PADA JANJI MU

KETIKA BERSAMA RINDU BERGELORA

PERPISAHAN MENIKAM JIWA

KAU PANDAI MEMUJI KAU PANDAI MENGGODA

KINI DIRI KU YANG KAU TINGGALKAN BEGITU SAJA

APAKAH ERTINYA UCAPAN MANIS MU

KAU MERINDUI KU

MUNGKIN HANYA AKU YANG MEMBIARKAN MU

MENIPU DIRI KU

AKU HANYA INSAN BIASA

LEMAH PADA RAYUAN MANJA

TERLENA DIBUAI MESRA

PADA CINTA YANG HAMPA

DIMALAM YANG SUNYI SEPI MENYENDIRI

KU HULUR DAN MENYUSUN JARI

KUPOHON KAU UBATIKAN LAH RINDU KU

BANYANGAN KASIH DALAM MIMPI KU MENIKAM KALBU

APAKAH ERTINYA UCAPAN MANIS MU

KAU MERINDUI KU

MUNGKIN HANYA AKU YANG MEMBIARKAN MU

MENIPU DIRI KU

BIAR JANJI MENYIKSA JIWA

BIAR KU YANG MENGEMIS CINTA

KERNA DARI SEJAK MULA

DIRI KU YANG TERGODA

AKU HANYA INSAN BIASA

LEMAH PADA RAYUAN MANJA

TERLENA DIBUAI MESRA

PADA CINTA YANG HAMPA..........................

Wednesday, October 15, 2008

HAMKA BERKATA

  1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
  2. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
  3. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya(Hamka)
  4. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
  5. Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
  6. Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

INI SAHAJA BUAT MASA SEKARANG

Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam

  • Muharram Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
  • Safar Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
  • RabiulAwal Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
  • RabiulAkhir Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
  • JamadilAwal Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .
  • JamadilAkhir Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
  • Rejab Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
  • Syaaban Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
  • Ramadhan Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
  • Syawal Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
  • Zulkaedah Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
  • Zulhijah Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan. "
Rahsia Menambat Hati Perempuan
· Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
· Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satuungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
· Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
· Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
· Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.
· Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamudisisi mereka.
· Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
· Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
· Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
· Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!