Pada hari sabtu 11/10/2008 kami telah melawat seorang rakan kelas yg cedera akibat kemalangan di kilang tempat dia menjalankan latihan industri.Radhi namanya.Ia berlaku apabila Radhi dan 2 lagi rakan nya mengisi semula pemadam api bagi ferri.Salah seorang rakanya itu meninggal dunia pada tempat kejadian.
Radhi menceritakan kepada kami semasa mengisi semula tong pemadam api itu.Alat atau meter bacaan pengisian semula rosak dan menyebabkan pekerja itu menyangka pemadam api itu tidak diisi lagi.Lalu dia mengisi semula dan menyebabkan tekanan didalam pemadam api itu tinggi dan terus pecah.Rakan yang menginggal dunia itu sedang melekat kan pelekat pada pemadam api tersebut.Punca kematianya adalah kerana serpihan besi dari tong itu tercucuk di bahagian dada mangsa.Mangsa difahamkan masih gagah dan belari mendapatkan batuan sambil cuba mengeluarkan besi yg tercucuk didada beliau.akhirnya dia meninggal di tempat kejadian.

(Tangan Radhi ketika pembedahan awal)
Radhi yang terkena serpihan besi itu cedera teruk dibahagian tangan kanan nya.Sekarang Radhi dirawat di hospital pakar puteri Johor Bahru.
Al-Fatiha Kepada Arwah dan Doakan agar Radhi Cepat sembuh. Amin
No comments:
Post a Comment