- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat.
Tetapi jika pada masa sama,
dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya,
mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis,
rajinkan tangan menyelak buku cinta.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
- Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak
menawan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah air mata!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan.
Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
No comments:
Post a Comment